SELAMAT DATANG
Selamat datang ke Blog Trap Series aku ni, nama aku Anassuwandi dan blog ni aku akan update sekerap mungkin tentang pembikinan siri lama aku ni iaitu Trap Series.
Jika di kira waktu, sebenarnya siri ini, aku mendapat idea pada sekitar tahun 1990.
Kini setelah 20 tahun berlalu, aku mengambil keputusan untuk mengkaryakan siri ini semula.
Pun begitu sebenarnya aku beberapa kali telah menghasilkan karya sebegini yang telah pun menjadi koleksi Balai Seni Lukis Negara dan Balai Seni Negeri Kedah.
Petronas melalui satu projeknya juga telah menjadikan beberapa karya siri ini sebagai koleksi namun dalam bentuk catan.
Pada dasarnya belum ada orang perseorangan yang memiliki karya aku yang sebegini dan kebanyakannya hanya catan berbentuk 2D [anda boleh lawati www.anasgallery.com], umumnya 3D atau mix-media tidak banyak dipertontonkan pada khalayak.
Kini aku rasakan perlu aku kembalikan karya seperti ini dalam seni yang beralirankan mix-media agar dapat dihayati bersama.
Kauorang boleh lihat bagaimana proses salah satu dari karya aku di ‘TRAP SERIES IN MAKING‘. Ini adalah bagaimana salah satu dari cara aku menghasilkan karya. Semoga mendapat sedikit ilmu dari blog ini.
